اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, April 19, 2012

Bukan emas yang ku pinta!

            Ganjaran amat penting sebagai penghargaan kepada  anak-anak autisme apabila mereka berjaya melakukan sesuatu perkara positif. Bukan sekadar bertepuk tangan saja sudah mencukupi. Sekali sekala kita harus memberikan ganjaran berbentuk barangan untuk memotivasi serta menghargai pencapaian mereka.
Bungkusan yang besar bukan ukuran!

             Kalau musim sukan di sekolah, kebanyakan acara menyediakan medal dan trophy untuk menjadi rebutan. Lagi terharu rasanya hadiah berupa bekas air plastik diberi pada budak-budak yang masuk acara sukaneka. Bagi Syahmi semua hadiah-hadiah seumpamanya tidak dapat menarik perhatiannya untuk merebut kemenangan dalam acara-acara sukan. Biarlah orang lain bongkok tiga...... berat dikalung dengan medal, Syahmi tak kisah pun!

Biarlah orang lain berbangga dengan medalnya!

                     Wang tunai juga tidak dapat menggembirakan hati anak autisme saya. Mungkin disebabkan faktor umurnya yang baru menjangkau 10 tahun, belum pandai nak bershopping sakan. Pakaian langsung tiada tersenarai di fikirannya....baju koyak rabak pun sanggup dipakai.  Jadi apa yang kau mahu wahai anak ku?


Wang yang banyak tiada nilai baginya!

               Syahmi hanya ceria jika dihadiahi dengan sesuatu yang menjadi obsess semasanya. Pernah suatu ketika saban minggu minta dibelikan hadiah berupa passenger plane model. Kadang-kadang MAS kemudian Air Asia dengan pelbagai model Boeing mahupun Airbus.                


Model jer .....sudah memadai baginya!
                       
               Syahmi juga akan bernyanyi kecil apabila dihadiahi dengan bahan bacaan bergambar tentang minatnya seperti gambar-gambar masjid, gambar space shuttle, gambar menara antara yang tertinggi di dunia dan sebagainya. Pasti bahan-bahan ini akan dikepit di bawah ketiak kemana saja pergi, even ke sekolah.


Bahan bergambar sebegini......seperti pucuk dicita ulam mendatang baginya!

              Jangan ambil hati kalau Syahmi buat muka 'sekupang' bila menerima hadiah yang tak berkenaan di hatinya. Harga bukan menjadi ukuran....yang penting mesti seirama dengan obsessinya. Pasti senyum sampai ke telinga.

              Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi!


5 comments:

syida said...

Abil pun selalu jugak buat muka 'sekupang'..hehe

Smsaroni said...

Kalau setakat stationery hadiah dr pihak sekolah mmg dia tak appreciate langsung...

Smsaroni said...

Hari ini 22.4.12 Syahmi menerima sesuatu yg membuatkan hatinya berbunga-bunga apabila Guru Penolong Kanan pendidikan khas sekolahnya memberi lembaran Program Angkasawan bersaiz besar utk bahan rujukannya...alangkah gembiranya! Terima kasih Cikgu Dazita..

hunny ida said...

mean kita bg hadiah ikut minat dia ye yeop..nie kena bg train la...theee

Smsaroni said...

Anak autisme hanya akan ambil perhatian pd objek yg menarik minatnya....biar murah asalkan dihargai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...