Ramadhan kali ini......kami sekeluarga diuji dengan perkhabaran dari kampung yang menyampaikan berita Tok Yan sakit. Tok Yan ialah datuk Syahmi sebelah ibunya yang menetap di Kuala Kangsar. Dalam usia 84 tahun, Tok Yan sudah tak mampu untuk berpuasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya sempat berpuasa 2 hari, dia telah jatuh sakit, masalah paru-paru berair, demam serta dehidrasi. Enggan ke hospital, terpaksa dibawa doktor ke rumah untuk rawatan lanjut.
Beberapa ketika di kampung saya dapat menyaksikan bagaimana keadaannya nanti bila kita telah tidak berdaya, anak-anak menjadi sandaran untuk menguruskan kita. Tok Yan lebih bernasib baik kerana mempunyai ramai anak perempuan yang sanggup menjaga makan, minum serta memandikannya, memakainya lampin pakai buang, mencuci najisnya, umpama bayi yang baru dilahirkan. Sementara Opah juga sudah terlalu uzur dan tidak berdaya untuk menjalankan tugasnya sebagai isteri.
Bagaimana agaknya bila tiba giliran kita nanti? Persoalan yang tiada noktahnya yang kadang kala menghantui diri. Saya hanya ada dua anak lelaki. Dapatkah kita menyandarkan harapan kepada anak-anak bila masanya tiba kelak?
Sebak melihat keadaan Tok Yan di kampung, sesebak itulah saya mengenang masa depan saya. Sengaja saya biarkan Syahmi menyaksikan sendiri bagaimana keadaan Tok Yannya dimandikan, dipakaikan lampin pakai buang dengan harapan dia memahami tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya kelak.
Semoga Tok Yan cepat sembuh, dan mampu tersenyum kembali dengan menjelangnya Hariraya Aidil Fitri kira-kira seminggu saja lagi. Kami rindu pada suasana raya di kampung, dimana sanak saudara berkumpul, menyediakan lemang dan rendang serta memohon kemaafan di pagi yang mulia. Sesungguhnya sebagai hamba, kami redha dengan segala kemungkinan yang Engkau tetapkan buat kami sekeluarga.
Tok Yan dalam usia 84 tahun..... |

2 bulan lepas Tok Yan masih mampu tersenyum dan mengikut kerenah cucu dan anak-anaknya.....tapi kini tiada lagi |
Semoga Tok Yan cepat sembuh, dan mampu tersenyum kembali dengan menjelangnya Hariraya Aidil Fitri kira-kira seminggu saja lagi. Kami rindu pada suasana raya di kampung, dimana sanak saudara berkumpul, menyediakan lemang dan rendang serta memohon kemaafan di pagi yang mulia. Sesungguhnya sebagai hamba, kami redha dengan segala kemungkinan yang Engkau tetapkan buat kami sekeluarga.
1 comments:
Terima berita bahawa Tok Yan kian sihat....boleh menguruskan diri tanpa bantuan anak-anak lagi...alhamdulillah
Post a Comment