7:02 PM
Ramai ibubapa yang tidak sedar kelainan yang ada pada mereka. Mungkin kekadang terdetik di hati, tapi buat-buat tak peduli. Sebenarnya, ibubapa mana yang mahukan anak-anak yang ada kekurangannya dimana-mana. Semua kita mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun qada dan qadarNya harus diterima dengan redha.
|
Senyum....... |
|
Tiada bezanya dengan yang lain ketika di awal usianya..... |
Dari saat dilahirkan hingga tiga tahun usianya segala perkembangan seiring dengan usianya. Cuma perkembangan pertuturannya agak terlewat jika dibandingkan dengan anak-anak sebaya. Tapi kata orang-orang tua di kampung......'Orang dulu-dulu ramai yang lambat bercakap.....sekarang yang dah jadi doktor pun ada".....jadi kegusaran di hati dapat diredakan dengan nasihat orang tua.
|
Eye-contact tiada masalah.... |
Disebabkan appearance yang tiada cacat celanya, ibubapa terlena dengan segala kekurangan yang ada. Sehingga tiba ketikanya bila si anak mula nak bersosial terutamanya ketika hendak masuk ke era persekolahan, terima komplain dari pihak sekolah " Anak Tuan/Puan ada masalah untuk memberi tumpuan di kelas, sukar bekerjasama dengan murid lain, sila bawa ke hospital bertemu doktor pakar untuk pengesahan permasalahannya. Pihak kami tidak dapat menerima kemasukan anak-anak istimewa, anak Tuan/Puan harus dimasukkan ke saluran yang betul ".
|
Comel bila beraksi begini! |
Tersintak mendengar statement tersebut, terasa dunia gelap-gelita. Tidak adil rasanya mereka menghakimi anak kita sedemikian rupa. Kalau alang-alang iman di dada, rasa nak meraung sepuas-puasnya tak kira di depan khalayak ramai sekali pun. Rasa marah pun ada, sebab anak comel kita dikatakan bermasalah.
Inilah antara pengalaman ibubapa yang kebanyakannya lambat mengenalpasti bahawa anak yang dikasihi seorang insan istimewa. Lama kelamaan 'denial period' akan berlalu setelah kita lebih matang menerima ujianNya. Dengan sokongan ahli keluarga beserta ilmu yang ditimba melalui pelbagai sumber, insyaAllah segalanya jadi pemangkin untuk kita lebih bersemangat bagi membantu anak istimewa kita. Kalau bukan kita ibubapanya, siapa lagi?
0 comments:
Post a Comment