Lewat perkembangan pertuturan.......antara masalah utama autisme. Kebiasaannya, inilah kelainan yang paling mudah dikesan bagi kanak-kanak autisme di awal usianya. Bahasa-bahasa pelik yang sukar difahami akan menyebabkan orang lain sukar pula untuk memahaminya.
Mungkin ramai dari kita memperkatakan bagaimana hendak melancarkan pertuturan mereka supaya kedengaran seperti anak-anak lain. Sebenarnya sokongan berterusan ibubapanya amat diperlukan disamping ilmu yang dikaut dari pihak-pihak yang berkepakaran dalam mendidik anak-anak autisme sehingga mereka boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan dan tidak 'pelik' didengari.
Ramai yang kurang memahami percakapan mereka........ |
Menurut pemerhatian saya, Syahmi kian menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik jika dibandingkan suatu ketika dulu. Namun tidak dinafikan masih ada pihak ke dua dan ke tiga yang masih terpinga-pinga apabila berkomunikasi dengannya, mungkin disebabkan pertuturan yang agak cepat.
Kekadangnya pula, Syahmi akan mencelah bercakap ketika orang lain sedang asyik berbual tanpa memikirkan topik yang diutarakannya bersesuaian atau tidak. Yang penting baginya, pada saat dan ketika itu dia hanya hendak meluahkan apa yang berlegar di fikirannya tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan keadaan.
Minatnya yang amat mendalam tentang aerospace ....... |
Ada ketikanya pula, dia akan bertanya dan bertubi-tubi mendesak untuk mengetahui jawapannya tentang persoalan yang menjadi minatnya sedangkan kita tidak mengambil endah tentang perkara-perkara tersebut. Contohnya, Syahmi amat berminat dengan dunia aerospace dan sentiasa mencari maklumat terperinci tentangnya. Sedangkan kita tidak ambil peduli rahsia Allah tentang kejadian di atas sana menjadikan kita 'mati akal' untuk menjawabnya.
Perlulkah ini? |
Perlukah kita merasa bosan untuk melayan perbualan anak autisme kita yang mula bertanya itu dan ini kepada mereka di sekelilingnya? Sebagai ibubapa, jangan harus terdetik perasaan tersebut memandangkan kita telah melalui keresahan yang tak berkesudahan apabila anak kita melalui kesukaran untuk berkata-kata suatu ketika dulu. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberikan sambil kita sendiri harus menambahkan ilmu untuk memperbetulkan kesilapan anak kita perlahan-lahan.
Jangan hairan kalau ada di antara anak-anak autisme kita yang menjadi pakar bahasa. Segalanya tidak mustahil......
0 comments:
Post a Comment