Terkenang........ |
Drama bersiri 183 episode oleh NBC TV yang diterbitkan dari tahun 1974 hingga 1983, dimana kisah yang berlatarbelakangkan era 1870an tentang sebuah keluarga yang menetap di kawasan ladang kecil berhampiran bandar Walnut Grove, Plum Creek, Minnesota. Inggals dan family mengharungi pahit manis bagi membina kehidupan berkeluarga disamping jiran-jiran yang pelbagai kerenah.
Ingatkah watak 'Nellie' yang paling dibenci ramai kerana keangkuhannya terhadap ahli keluarga Ingalls? |
'Albert Quinn Ingalls' anggota baru keluarga Ingalls yang dilakonkan oleh Matthew Laborteaux - duduk (kanan) |
Matthew Laborteaux |
Matthew Laborteaux mengalami kelewatan perkembangan di awal usianya dipercayai AUTISME, dilahirkan pada 1 December 1966 di Los Angeles,California, USA. Selain dari berlakon dalam drama TV dan filem beliau juga banyak menumpukan lakonan alihbahasa watak-watak animasi seperti 'Yu-Gi-Oh'. Sebagaimana di dalam drama bersiri TV Little House On The Prairie, realiti kehidupannya yang sebenarnya juga adalah anak angkat kepada pasangan Ron dan Frankie Laborteaux.
Beliau diambil sebagai anak angkat dari sebuah agensi tanpa menyedari bahawa anak tersebut mempunyai symptom autisme. Cuma mereka hanya diberitahu bahawa anak tersebut mempunyai masalah 'jantung berlubang' semenjak dilahirkan. Beliau disedari mempunyai ciri-ciri autisme sehingga berlakunya lewat perkembangan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal seperti berjalan ketika umurnya 3 tahun sementara bercakap semasa umurnya 5 tahun. Tantrum, menjerit adalah perkara lumrah yang cuba ditangani oleh kedua ibubapa angkatnya. Namun pasangan Ron dan Frankie Laborteaux amat menyayanginya walaupun doktor dan psychiatrist mengesahkan bahawa harapan yang sangat minima untuk pulih.
Anak-anak autisme sebenarnya adalah cabaran buat ibubapa. Jika kita positif terhadap cabaran tersebut dan segera mencari serta membuka langkah untuk mengatasi cabaran itu, maka harapan tetap ada buat mereka. Semoga kita mengambil iktibar dari sejarah kehidupan Matthew Laborteaux, kasih sayang ibu dan ayah angkatnya mengatasi kekurangan yang ada. Tidak salah rasanya untuk kita buat renungan dan juga sebagai motivasi diri.
0 comments:
Post a Comment