Burung Murai |
Pica berasal dari perkataan Latin yang bermaksud burung murai (Magpie) yang mempunyai selera makan yang rambang. Gangguan Pica merupakan kecenderungan seseorang individu untuk memakan bahan bukan makanan yang biasanya tidak menjadi makanan manusia biasa.
Inilah definasi lengkap... |
Gangguan ini kerap berlaku di kalangan mereka yang mengalami masalah lewat perkembangan termasuk AUTISME, terencat akal, kanak-kanak di usia 2-3 tahun, kanak-kanak yang mengalami masalah kecederaan otak, penghidap sawan juga wanita mengandung.
sebagainya yang berhubungkait dengan keadaan abnormal di
bahagian otak.
2. Mereka yang bermasalah dengan kesihatan mental seperti OCD
(Obsessive-Compulsive Disorder) dan Schizophrenia.
3. Kebudayaan sesuatu bangsa, ritual keagamaan yang mengesyorkan
makan makanan pelik termasuk bahan bukan makanan.
seperti kapur tulis dan sebagainya. Kebiasaannya mereka mempuyai
sejarah diri atau keluarga yang mengalami masalah Pica ketika
zaman kanak-kanaknya.
5. Kelalaian/kurang endah dengan nutrisi pemakanan anak-anak
disebabkan masalah kemiskinan.
6. Malnutrisi (khasiat pemakanan yang tidak seimbang) dimana ianya
sering berlaku di kalangan mereka yang tinggal di negara mundur
dimana tanah/tanah liat menjadi santapan mereka.
7. Kekurangan nutrisi tertentu seperti zink dan iron mencetuskan keinginan
terhadap bahan-bahan bukan makanan walaupun terbukti ia tidak
mampu untuk menampung keperluan zat tersebut.
8. Berdiet dengan mengarahkan kepada bahan bukan makanan bagi
mengalihkan selera.
APA YANG PERLU DILAKUKAN ?
Pica merupakan keadaan yang sementara dan akan membaik selari dengan peningkatan usia dalam kebanyakan kes. Namun bagi individu yang mengalami masalah lewat perkembangan (AUTISME umpamanya) juga masalah kesihatan mental, perjalanan untuk proses penyembuhan pastinya mengambil masa yang lebih panjang dan berliku. Kesabaran merupakan kunci kepada kejayaan untuk melenyapkan tabiat ini.
Masalah ini memerlukan perkhidmatan doktor bagi membantu ibubapa menanganinya. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap individu yang mengalami Pica bagi memastikan tiada masalah kekurangan nutrisi, anemia kerana kedua masalah ini juga mendorong individu itu mengalami Gangguan Pica. Jika diperlukan, ujian imbasan dilakukan bagi mengetahui punca apabila berlaku masalah di bahagian usus, mahupun menjalani ujian tahap parasit dalam najis.
Manakala peranan Psychologist pula untuk membantu dalam menjalankan intervensi tingkahlaku terhadap individu yang mengalami Gangguan Pica. Bergantung pada umur dan tahap perkembangan kanak-kanak terbabit, mereka akan mengesyorkan cara-cara yang terbaik bagi mendapatkan corak pemakanan yang betul.
Langkah-langkah yang disyorkan semasa di rumah... |
Berhati-hatilah jika kanak-kanak yang menghadapi gangguan ini secara berterusan kerana ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti :
dihadamkan seperti rambut, butang dan sebagainya.
Mencegah lebih baik..... |
2. Masalah dental, akibat dari memakan objek
yang keras seperti batu.
3. Infeksi oleh parasit, jika termakan kotoran
seperti najis manusia.
4. Keracunan, jika termakan bahan kimia yang
mengandungi bahan-bahan seperti merkuri,
plumbum seperti cat.
Bila membicarakan tentang autisme, terlalu luas skopnya hingga masyarakat jadi keliru dan salah anggap terhadap golongan ini. Pelbagai keadaan yang berkait rapat dengannya, bukan suatu perkara yang mudah untuk difahami.
Maafkanlah mereka, jika ada insan di luar sana yang terlontar kata-kata yang kurang menyenangkan terhadap insan istimewa ini kerana.....mengenali dan memahami autisme bukan hanya sehari dua, sepuluh tahun pun belum tentu sampai ke penamatnya!
0 comments:
Post a Comment