اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, May 12, 2016

Simpul Mengkarung


Sakitnya....

Syahmi selalu mengadu kejang kaki terutama di bahagian betis dan di telapak kaki. Dalam usianya 14 tahun, sebagai ibubapa rasa bimbang juga bila si anak selalu mengadu kejang otot kaki. Bukan dini malam sahaja, kekadang ketika sibuk membuat kerja sekolahnya di siang hari pun kekejangan boleh berlaku di betis atau di telapak kaki.


Kejang kaki juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung' oleh masyarakat Melayu. Kejang kaki dikatakan disebabkan oleh pengecutan otot yang berlaku secara tiba-tiba. Kebiasaannya berlaku ketika kita sedang lena tidur di waktu malam.


Dikatakan kekejangan kaki berlaku apabila seseorang memulakan aktiviti bersukan tanpa dimulai dengan aktiviti regangan. Mereka yang sering mengalami kejang otot juga disebabkan kurangnya sumber mineral dalam badan. Umpamanya kekurangan kalsium, zink, magnesium dan potassium. Faktor lain juga, termasuklah dehidrasi dan wanita-wanita mengandung.


Sebenarnya, banyak lagi faktor yang merangsang masalah ini berlaku. Termasuklah struktur 'flat feet' bahagian kaki seseorang seperti Syahmi. Bagaimana yang dikatakan 'flat feet'? Ianya lebih mudah untuk dikenali sebagai struktur telapak kaki yang mengalami masalah 'fallen arch'.


Image yang paling kiri merupakan telapak kaki
rata atau 'flat feet'

Kepada yang mengalami masalah 'flat feet', mereka sering mengadu sakit di bahagian telapak kaki ketika melakukan aktiviti bersukan termasuk berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh, apatah lagi berlari. Kebiasaannya mereka akan menolak untuk beraktiviti disebabkan masalah ini.


Saya bukan seorang doktor untuk menceritakan permasalahan ini secara detail. Sebagai ibubapa kepada anak istimewa yang mengalami masalah seumpamanya, kita harus melengkapkan pengetahuan tentang keperluan si anak supaya dapat membantu mereka. Dapatkan nasihat pakar bagi mendapatkan maklumat lanjut dalam menangani masalah ini. Wallahualam.



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...