Program SFT Menonton Redha di TGV Cinemas, Kerteh |
Promosi Redha |
Sebelum tayangan dimulakan |
Penyampaian cenderahati kepada YM Tunku Mona selaku Pengarah Filem Redha |
Sesi beramah mesra dengan artis |
Dari kiri, Harith, Syahmi dan Nam Ron |
Tak puas lagi? Terus bergambar sebelum beredar.... |
Sahabat Faqeh Terengganu yang terdiri dari ibubapa kepada anak-anak istimewa autisme, down syndrome, cerebral palsy, global development delay, bergambar bersama anak masing-masing |
Menonton sebagai tanda sokongan kepada Pengarah filem Redha YM Tunku Mona Riza yang komited menghasilkan sebuah filem tentang anak autisme. Filem ini juga dikira sebagai naskhah terbaik oleh produksi tempatan yang menggarapkan realiti kehidupan ibubapa yang mempunyai anak istimewa autisme.
Tahniah kepada para pelakon yang mendokong watak-watak utama seperti Nam Ron, Jun Lojong, Nadia Nisa dan si cilik Harith Haziq. Kagum dengan kebolehan Harith Haziq yang melakonkan watak sebagai individu autisme ketika kecil, amat berkesan hingga sukar untuk dicari kesilapannya.
Bagi mereka yang belum menyaksikan filem ini, sila ke panggung terdekat untuk sama-sama menyaksikan sebuah karya tempatan yang baik dan ilmiah. Kalau bukan kita menyokong produk tempatan, siapa lagi?
Jom Tonton Redha....
0 comments:
Post a Comment