6:33 AM
Kita orang biasa lagi hina ni, memang teringin sangat kalau muka dapat masuk TV. Dek kerana susah sangat nak mencelah di TV, kalau dapat jumpa mereka-mereka yang mukanya kerap terpampang di TV pun memang syok sangatlah rasanya. Tak kiralah artis ke, ahli politik ke, pokoknya orang-orang yang mempunyai nama dan lebih-lebih lagi jika dapat bertemu para pendakwah Islam di hari dan di tempat yang baik lagi diredhai Tuhan.
|
Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu |
Hari ni Syahmi, abangnya Syawal dan ayah telah ke Masjid Sultan Ismail di Chendering, Kuala Terengganu untuk bersolat Jumaat. Masjid baru ni memang cantik rekabentuknya, ukiran tradisi Melayu Terengganu dengan warnanya yang putih bersih.
Tenang hati dan nurani sebab tanpa disangka-sangka telah berimamkan pendakwah muda yang berhemah tuturkatanya, bersih air mukanya semoga bersih jua dalamannya. Biasa muncul di kaca TV9 dan TV Al Hijrah, rupa-rupanya beliau anak jati Kuala Terengganu yang bernama Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al Idrus. Sempat juga kami bergambar dengan beliau sebagai kenang-kenangan dan tanda penghormatan serta penghargaan terhadap usaha-usaha dakwahnya.
|
Biasa tengok di TV 9 - Ustaz Syed Mohd Norhisyam |
|
Syahmi dan ayah bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam
|
Sebelum ini, Syahmi juga pernah bertemu dengan seorang lagi pendakwah muda yang sangat digemarinya iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid semasa karnival Al Hijrah di Kuala Terengganu bulan December 2011. Seperti biasalah.....sesi bergambar menjadi perkara wajib (mesti) sambil mendapatkan tandatangan ustaz 'sampoi' yang menjadi kesayangan ramai.
|
Biasa temgok di TV Al Hijrah - Ustaz Don Daniyal |
|
Syahmi bersama Ustaz Don Daniyal |
|
Nama Muhammad Syahmi Asyraff dalam tulisan khat
bersama tandatangan Ustaz Don
|
Bersemuka dengan insan-insan terkenal ni, memang menggembirakan kita seketika. Senyum lebar hingga ke telinga dibuatnya bila melihat wajah-wajah jernih ustaz muda lagi belia. Selain dari kekaguman, cara penyampaian mereka yang amat bersahaja , mudah tapi penuh dengan makna-makna yang tersirat dan tersurat. InsyaAllah... di lain masa kita jumpa Ustaz Azhar Idrus pulak!
2 comments:
best nya
bila pula nak jumpa idola autisme - iddin?
Post a Comment