7:31 PM
Mengimbau kembali tahun 2008, Syahmi telah didaftarkan di Pra Pendidikan Khas di SK Seri Budiman II ketika umurnya 6 tahun. Dengan didikan dan asuhan dari Cikgu Rosma binti Jasni serta di bantu oleh Cik Fazima, Syahmi telah berjaya dididik hingga berupaya menonjolkan keupayaan dirinya yang sebenar. Syabas ke duanya!
Anda berdua antara pendidik yang bertanggungjawab terhadap karier masing-masing serta memikul amanah Allah kepada anak-anak syurga kami. Lihatlah bagaimana keadaan kelas yang dihias cantik hasil dari idea kreatif keduanya.
|
Carta Keluarga Pra Sekolah 2012 |
|
Meja untuk aktiviti bermain dengan alat bantuan - puzzle contohnya |
|
Sudut pameran hasil kerja pelajar
|
|
Puppet Show
|
|
Meja Guru |
Inilah antara sudut-sudut menarik di kelas berkenaan untuk keselesaan anak-anak istimewa kita. Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti TV dan perisian komputer bagi kegunaan anak-anak istimewa kita mengikut keperluan masing-masing. Jika guru-gurunya kreatif semestinyalah kelas yang bersih dan kemas akan terhasil bagi menarik perhatian anak-anak kita untuk belajar. Antara idea-idea menarik yang terdapat di sini seperti :
|
A-Sekolah |
|
B-Rumah |
Lampiran A dan B ini ditampal di dinding, bersebelahan antara satu sama lain yang mencatatkan A-Sekolah sementara B-Rumah. Ia bertujuan untuk membiasakan pelajar-pelajarnya datang ke sekolah di waktu pagi dengan melekatkan gambar empunya diri ke alat bantuan A-Sekolah bagi menandakan kedatangan mereka ke sekolah. Sementara waktu balik dari sekolah, tiap-tiap pelajar ini akan menarik keluar gambar masing-masing untuk dilekatkankan pula ke alat bantuan B-Rumah bagi menandakan si pelajar akan balik ke rumah. Jadi, anak-anak istimewa kita tidak secara langsung diasuh dengan disiplin dan tanggungjawab masing-masing semasa di sekolah.
|
Kerusi comel dengan photo masing-masing |
Kerusi-kerusi comel pula dilekatkan dengan photo pelajar-pelajar supaya memudahkan anak-anak ini mengecam kerusi masing-masing. Nampaknya ia seperti perkara remeh tetapi besar kesannya terhadap pembentukan disiplin anak-anak istimewa kita.
|
Suatu ketika Cikgu Rosma dan Cik Fazima bersama
Syahmi sebagai anak didik (2008) |
Pendidik yang berdedikasi seperti ke duanya akan tetap dikenang dan disanjung segala jasa murni. Walaupun anak murid cikgu dah besar panjang dan bersekolah di aliran perdana, ke duanya masih mengambil berat tentang pelajaran Syahmi di sekolah
Semoga Cikgu Rosma serta Cik Fazima berjaya dalam karier masing-masing dan sentiasa memperolehi keberkatan dariNya dalam kehidupan. Terima kasih cikgu!
1 comments:
Jauh di sudut hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pd ke duanya kerana besarnya jasa pd perkembangan awal pembelajaran Syahmi....
Post a Comment