اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, March 4, 2012

Budu Pun Dia Bedal!



Dalam memperkatakan bab makan ni, Syahmi tak terlalu cerewet, banyak menu yang menjadi kegemarannya. Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Goreng semua dilahapnya. Yang terpujinya bagi 'anak syurga' ini ialah dia tidak menggilai makanan ringan, sweets dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Ini lunch orang Perak , air tangan Opah di Kuala Kangsar
               
Kami sekeluarga berasal dari Perak, kebiasaannya masakan yang menjadi pilihan tentulah rendang ayam/daging/kerang kemudian ikan sungai samada ikan keli, patin dibuat gulai tempoyak serta ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal belacan mahupun sambal tempoyak. Simple jer, tapi air tangan Opah memang kelas gitu!

Menetap di Kuala Terengganu belasan tahun, citarasa dah mula bercampur-baur antara masakan orang Perak dengan orang Pantai Timur. Orang belah Pantai Timur ni amat kurang makan ikan sungai/darat, biasanya ikan laut yang segar menjadi pilihan. Maklum ler, duduk tepi pantai, kira kanan nelayan belaka. Ikan segor hari-hari boleh dapat. Kuah singgang ikan selayang atau ikan aye (ikan kayu/ikan tongkol) menjadi hirupan  orang sebelah sini.


BUDU Cap Ketereh  menjadi pujaan  ramai (kanan)

 Segalanya tidak lengkap sekiranya tidak dihidang bersama dengan Sos Bilis atau lebih dikenali dengan BUDU serta di 'kenyek lado' kata ore Kelate. Dulu saya dok ambil 'cakna' tentang kewujudan Sos Bilis. Lama kelamaan bila dengar jiran-jiran bercerita tentang keenakkannya, kita pun try sama. Hasilnya memang menjilat jari! Cuma awas bagi yang ada masalah kesihatan seperti darah tinggi. Kena jaga-jaga pengambilan BUDU anda kerana kandungan garam yang tinggi, jangan ikut selera sahaja, takut bp naik melambung!


Apa lagi ditunggu?  Curah BUDU 'kenyek lado'

Syahmi pun penggemar BUDU bila kena dengan 'gu' dia, dicicah denga timun dan bawang. Lada terkecuali sebab Syahmi tak tahan makan pedas.  Berselera nampaknya dia dengan menu dari rakan-rakan di sekolah yang rata-ratanya penggemar BUDU. Namun pengambilannya terpaksa dikawal supaya tidak berlebihan. Senyum lebar saya bila melihat anak yang belum baligh boleh menikmati BUDU sedangkan saya masih dengan tempoyaknya....


Selera kampung memang sedap, tak kiralah dari mana asal kita. Masing-masing ada kelebihannya. Rasanya  tidak salah untuk belajar menerima budaya luar bagi kita kerana ia memudahkan walau dimana kita berada. Teman orang Perak, mu orang Ganu, demo ore Kelate, hang orang Penang, ekau orang Nogori, kita semua sama .....orang Malaysia.


                    

1 comments:

Smsaroni said...

Dengar citer dr kenalan di Autisme Malaysia....la ni dah ada Budu Di Raja dgn harga yg mahal dan rasa yg lebih sedap....cuba jgn tak cuba teman2 semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...